Kubu pangkalan rahsia Perang Dunia Kedua, kini dijual

Kubu pangkalan rahsia Perang Dunia Kedua, kini dijual

GAMBAR dari pemandangan udara menunjukkan kubu Hubberstone. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah kubu bersejarah yang berfungsi sebagai pangkalan rahsia tentera ketika Perang Dunia Kedua, kini dijual di pasaran.

Lapor Mirror, kubu besar dilengkapi dengan stesen pengesanan kapal selam yang tersendiri itu, dijual pada harga lebih rendah berbanding harga tempat letak kereta di London.      

Kubu Hubberstone pernah menjadi pangkalan pertahanan kepada pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) ketika merancang operasi pendaratan D-Day.

Malah, kubu itu juga pernah menerima penarafan gred-II khas oleh pegawai kanan bangunan warisan untuk kepentingan budayanya.

Dibina pada tahun 1859, kubu Hubberstone yang terletak di muara sungai di bandar kecil Milford Haven kini dijual pada harga 190,000 Pound (RM1.03 juta). 

Bangunan kubu yang sebahagian besarnya berada dalam keadaan tidak terurus, diiklankan di laman hartanah Zoopla serta memerlukan wang deposit sebanyak 25,000 Pound (RM135,841) dan gadai janji 1,381 Pound (RM7,503) sebulan.

“Kubu Hubberstone diarahkan oleh Lord Palmerstone pada tahun 1850 sebagai berek pertahanan dan simpanan bekalan senjata api.

“Ia juga menyimpan 28 senjata berat dan garison bagi 250 anggota di berek selain menempatkan tentera ketika dua Perang Dunia,” jelas laporan itu.  

Dilaporkan, semasa Perang Dunia Kedua, kubu itu juga digunakan sebagai pangkalan rahsia bagi tentera AS ketika Operasi Bolero yang mana pasukan itu bersiap sedia melakukan pendaratan D-Day.

Malah, ejen hartanah memaklumkan kubu berkenaan masih mempunyai `pengaruh tambahan itu’ yang kekal jelas sehingga hari ini.

Pada tahun 2020, kubu itu dibeli oleh pencinta sejarah, Guy Anderson yang merancang untuk mengubah bangunan itu menjadi tarikan pelancong.

Namun, bangunan tersebut kini dijual semula di pasaran.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya