Kepulauan Riau giat pulihkan sektor pelancongan

Kepulauan Riau giat pulihkan sektor pelancongan

PELANCONG mengunjungi Lagoi di Daerah Lagoi, Kepulauan Riau. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATAM: Kerajaan wilayah Kepulauan Riau kini giat berusaha untuk memulihkan sektor pelancongan dan ekonomi kreatif yang merupakan antara sumber pendapatan utama rantau itu, susulan pandemik Covid-19.

Lapor portal Antara, Gabenor Kepulauan Riau, Anser Ahmad berkata, beberapa usaha sedang dilaksanakan dengan mencungkil setiap pembangunan pelancongan tempatan untuk mempercepatkan pertumbuhan dan pemulihan sektor tersebut.

“Wilayah ini terjejas teruk sejak pandemik Covid-19 melanda lebih dua tahun lalu.

“Malah, pada tahun 2021, kami sangat terkesan kerana kehadiran pelancong asing ke wilayah ini hanya mencecah seramai 1,333 orang semasa pandemik itu,” katanya dalam forum strategi pemulihan pelancongan yang diadakan secara maya.

Malah, Anser berkata, wilayah itu hanya mula membuka semula pintu sempadan kepada pelancong asing terutamanya dari Singapura dan Malaysia pada April tahun lalu menerusi `skim gelembung perjalanan’ yang dipersetujui Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif.

Menurut beliau, jumlah ketibaan pelancong asing ke Kepulauan Riau mencatatkan lebih 2.9 juta orang pada tahun 2019.

Jumlah itu sekaligus meletakkan Kepulauan Riau pada tempat kedua selepas Bali dalam senarai wilayah Indonesia yang mempunyai bilangan pelancong asing paling ramai.

Tambah Anser, beliau menjangkakan forum strategi pemulihan yang dibincangkan itu mampu meningkatkan bilangan program pelancongan.  

Sementara itu, Pengarah Pusat Keusahawanan Al-Ahmadi (AEC), Lisya Anggraini berkata, pihaknya menggalakkan pembangunan perniagaan dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merupakan sebahagian sektor pelancongan.    

Katanya, forum perbincangan mengenai strategi pemulihan pelancongan juga dianjurkan untuk berkongsi pengalaman dalam menghadapi perkembangan pelancongan pasca pandemik Covid-19. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya