Jokowi sokong KPU kemuka rayuan keputusan mahkamah tangguh Pemilu 2024 - Utusan Malaysia

Jokowi sokong KPU kemuka rayuan keputusan mahkamah tangguh Pemilu 2024

JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU)  dalam mengemukakan rayuan terhadap keputusan kontroversi oleh Mahkamah Daerah Jakarta Pusat yang menggesa Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 ditangguhkan.

Sokongan itu dinyatakan selepas Mahkamah Daerah Jakarta Pusat minggu lalu mengarahkan KPU menghentikan semua persiapan pilihan raya.

Jokowi berkata, kerajaan berharap persiapan pilihan raya berjalan seperti yang dirancang dan turut menolak idea untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya.

“Ini adalah kontroversi yang menimbulkan pro dan kontra, tetapi kerajaan menyokong KPU untuk memfailkan rayuan,” katanya.

Terdahulu, keputusan mahkamah itu mencetuskan perdebatan di negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu tentang usaha melanjutkan masa presiden memegang jawatan yang dihadkan kepada dua penggal oleh Perlembagaan.

Mahkamah Perlembagaan dalam kes berasingan minggu lalu turut menjelaskan tidak mungkin ada lanjutan.

Pengerusi KPU, Hasyim Asy’ari berkata, pihaknya akan mencuba langkah seterusnya yang sah di mahkamah yang lebih tinggi.

Keputusan Mahkamah Daerah Jakarta Pusat itu dikritik oleh pakar undang-undang yang mengatakan hakim bertindak di luar bidang kuasa mereka.

Salinan keputusan yang dilihat oleh Reuters minggu lalu menunjukkan hakim membuat kesimpulan bahawa pengadu, Parti Prima, secara tidak adil dinafikan peluang mengemukakan dokumen yang diperlukan untuk bertanding dalam pilihan raya, sebahagiannya disebabkan oleh gangguan dengan perisian KPU.

Tinjauan menunjukkan kebanyakan rakyat Indonesia menentang untuk melanjutkan masa Jokowi memegang jawatan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya