Jenama pakaian Australia hina Islam, cetak kalimah Allah di baju

Jenama pakaian Australia hina Islam, cetak kalimah Allah pada rekaan baju

kalimah allah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu jenama pakaian di Australia bertindak biadap menghina Islam dengan mencetak kalimah Allah pada baju yang diperagakan di pentas fesyen baru-baru ini.

Baju itu diperagakan pada Festival Fesyen Melbourne dan video yang memaparkan pakaian dengan cetakan kalimah Allah itu telah tular.

Video yang tular itu dimuat naik oleh seorang blogger fesyen muslim di TikTok,.

Ia memaparkan model yang mewakili jenama Not A Man’s Dream memparagakan dua reka bentuk pakaian dengan menampilkan ‘jumpsuit’ tanpa lengan dalam fabrik lut sinar dipenuhi tulisan Arab bertulis Allah.

Malah rekaan itu dilihat hampir menyerupai pakaian wanita Islam berdasarkan bahagian leher dan kepala model berkenaan turut ditutup dengan fabrik yang sama.

Pemilik akuan Tiktok berkenaan yang dikenali sebagai Mona Khalifa berkata, dia marah dengan tindakan itu yang seolah-olah sengaja menghina Islam.

Katanya, rekaan itu secara terang-terangan tidak menghormati Islam dan Kristian Arab yang menggunakan perkataan Arab untuk Tuhan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya