Indonesia didakwa serang puak pemisah culik juruterbang NZ

Indonesia didakwa serang puak pemisah culik juruterbang NZ

KAPTEN Philip Mehrtens dijadikan tebusan oleh puak pemisah selama hampir 50 hari. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Satu laporan media New Zealand mendakwa pasukan keselamatan Indonesia melancarkan serangan di pangkalan kumpulan Tentera Pembebasan Papua Barat, Organisasi Papua Merdeka (TPNPB-OPM) yang menculik juruterbang pesawat Susi Air, Kapten Philip Mehrtens.

Lapor CNN Indonesia, berdasarkan laporan Radio New Zealand (RNZ), gabungan pasukan tentera dan polis republik itu melancarkan `operasi pembebasan’ kira-kira pukul 1 pagi (waktu tempatan) di Nguda, minggu lalu.

Menurut laporan itu, operasi tersebut mencetuskan serangan balas daripada kumpulan pemisah Papua, selain turut mengakibatkan kemalangan jiwa di kedua-dua pihak.

TPNPB-OPM dalam satu kenyataan mengesahkan mengenai berita serangan itu, pada Ahad lalu.

Kumpulan pemisah itu menegaskan operasi dijalankan pasukan keselamatan Indonesia melanggar permintaan kerajaan New Zealand untuk membebaskan Mehrtens secara aman tanpa keganasan. 

Dakwa laporan RNZ, puak pemisah itu juga mengaku seorang anggotanya terbunuh dalam pertempuran senjata dengan pasukan keselamatan Indonesia.

“Bagaimanapun, mereka mendakwa berjaya menembak pasukan keselamatan Indonesia sehingga seorang anggota tentera dan polis terkorban dalam serangan itu,” jelas laporan itu.

Setakat ini, keberadaan Mehrtens tidak dapat dipastikan susulan berita mengenai serangan pasukan keselamatan Indonesia di pangkalan TPNPB-OPM.

Kemungkinan besar juruterbang warga New Zealand yang dijadikan tebusan oleh puak pemisah selama hampir 50 hari, masih disembunyikan di tengah-tengah hutan Papua.

Sementara itu, penyelidik Human Rights Watch Indonesia, Andreas Harsono mendedahkan bahawa terdapat beberapa serangan bersenjata antara tentera republik itu dan kumpulan pemisah Papua.

Katanya, pertempuran berlaku di wilayah tengah dan kawasan tanah tinggi Papua sejak minggu lalu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya