3 warga Mongolia ditahan curi wang dari bagasi penumpang

3 warga Mongolia ditahan curi wang dari bagasi penumpang

PENGUNJUNG menunggu di kawasan daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok, Thailand. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Polis menahan tiga lelaki warganegara Mongolia atas dakwaan mencuri wang daripada bagasi penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Thailand.

Lapor Bangkok Post, pengurus lapangan terbang, Kittipong Kittikachorn berkata, suspek yang dikenali sebagai Damdin Jargalsaikhan, 37, Batbold Sambuu, 51, dan Batmyagmar Urtnasan, 37 ditahan di tingkat B terminal penumpang pada Jumaat lalu.

Jelasnya, polis mengenal pasti identiti tiga suspek itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di terminal lapangan terbang itu. 

Ia susulan pihaknya menerima aduan berasingan daripada dua lelaki Jepun, seorang wanita Thailand dan seorang lelaki Kanada berhubung kehilangan dompet dan wang tunai dalam beberapa mata wang antara petang Rabu dan pagi Khamis lalu.  

Jumlah wang yang hilang dianggarkan bernilai lebih 260,000 Baht (RM33,563).

Rakaman CCTV menunjukkan aksi ketiga-tiga suspek bersubahat dengan dua wanita yang  masih bebas, bertindak mencuri wang daripada bagasi pelancong di lapangan terbang itu.

Pada mulanya, tiga lelaki itu mengelilingi mangsa, manakala dua wanita berkenaan menggunakan baju kot mereka untuk menghalang pandangan pelancong terhadap bagasi dibawa mereka, sebelum mencuri wang tunai daripada beg tersebut.

Dalam beberapa kes lain, suspek juga melakukan jenayah itu sewaktu mangsa berada di dalam lif. 

Sementara itu, Kittiphong memaklumkan pihaknya sudah mengarahkan kakitangan keselamatan untuk meningkatkan pengawasan di lapangan terbang terutamanya pada waktu puncak.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya