1 Syawal di Indonesia mungkin berbeza  - Utusan Malaysia

1 Syawal di Indonesia mungkin berbeza 

ABDULLAH JAIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI), Abdullah Jaidi meluahkan rasa syukur kerana permulaan puasa di negara ini dapat dilaksanakan serentak bersama negara-negara lain di Asia Tenggara dan Arab Saudi.

Bagaimanapun, pada sidang media bersama Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas di Pejabat Kementerian Agama di Jakarta Pusat, Abdullah berkata, penentuan 1 Syawal 1444 Hijrah di Indonesia mungkin berbeza atau tidak jatuh pada tarikh yang sama dengan negara lain.

“Alhamdulillah, tahun ini kita berpuasa serentak pada 23 Mac. Tetapi perbezaan berkemungkinan berlaku pada 1 Syawal. Semoga perbedaan ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Potensi perbezaan sambutan 1 Syawal tahun ini kerana pada waktu matahari terbenam, 20 April 2023, kedudukan bulan di Indonesia tidak memenuhi kriteria baharu Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, dan Singapura (MABIMS) iaitu ketinggian minimum 3 darjah dan pemanjangan 6.4 darjah. 

Walaupun umat Islam Indonesia mungkin merayakan Hari Raya Aidilfitri pada tarikh yang berbeza, Abdullah berharap agar perkara itu tidak menimbulkan sebarang pertikaian.

“Jangan bezakan antara kita. Sikap kita sebagai umat Islam, sebagai warga negara, adalah menghormati antara satu sama lain,” kata Abdullah.

Dalam pada itu Abdullah turut menyeru masyarakat Islam tidak hanya menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan, tetapi juga meningkatkan ketakwaan ibadat dan sosial sepanjang bulan yang mulia ini.

Beliau juga berharap ketibaan bulan Ramadan dapat mengeratkan lagi semangat perpaduan dan bukannya dijadikan medan berpolitik berikutan Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 yang semakin hampir.

“Diharap bulan Ramadan dapat memupuk perpaduan dan kesatuan sesama kita khususnya dalam tahun politik ini agar kita dapat memahami bersama, tidak menyebabkan isu politik menjadi perpecahan antara kita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya