Wanita didenda siar video masak, makan jerung putih - Utusan Malaysia

Wanita didenda siar video masak, makan jerung putih

JERUNG putih dianggap spesies terancam dan dilindungi dibawah undang-undang di China. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang penulis blog makanan di China didenda sebanyak 15,000 Pound  (RM78,766) selepas menyiarkan video dirinya sedang memasak dan menikmati hidangan jerung putih.

Lapor Mirror, pempengaruh yang dikenali dengan nama Tizi, memuat naik rakaman video itu di laman media sosial Douyin pada tahun lalu.

Video tersebut menunjukkan wanita itu sedang membeli jerung sepanjang kira-kira 1.82 meter dari sebuah kedai.

Tizi kemudian merakam gambar dengan jerung itu dengan berbaring di sebelahnya, sebelum memasak dan memakan ikan berkenaan.

“Jangan terpedaya dengan saiz dan penampilan ikan pemangsa ini yang menakutkan, isinya sangat lembut,” katanya dalam video tersebut.

Dilaporkan, ikan jerung merupakan spesies terancam dan dilindungi dibawah undang-undang di China.

Pihak berkuasa Nanchong di wilayah Sichuan memaklumkan Tizi melanggar Undang-Undang Perlindungan Hidupan Liar China selepas ujian DNA daripada sampel sisa tisu mengesahkan ia milik spesies jerung putih.

Jelas pihak berkuasa, Tizi dikenakan denda dan dua lagi individu yang terbabit dalam menangkap dan menjual jerung putih itu turut ditahan.  

Video yang tular pada tahun lalu, mencetuskan pelbagai reaksi dengan rata-rata warganet berang dengan tindakan Tizi membeli spesies terancam secara haram 

Wanita itu sebelum ini menyiarkan beberapa rakaman video dirinya sedang makan buaya dan burung unta.     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya