Usaha cari pasukan bola tampar sekolah bawah runtuhan hotel - Utusan Malaysia

Usaha cari pasukan bola tampar sekolah bawah runtuhan hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTAKYA: Tiga mayat ditemukan ketika penyelamat di Turkiye mencari sekumpulan pemain bola tampar sekolah yang menginap di sebuah hotel yang runtuh akibat gempa bumi Isnin Isnin.

Menurut pegawai di utara Cyprus yang dikuasai Turkiye, mayat dua guru dan seorang pelajar ditemui di bawah runtuhan Hotel Isias di Adıyaman.

Lapor BBC, sekumpulan 39 orang termasuk pasukan lelaki dan perempuan dikatakan berada di dalam hotel berkenaan ketika bangunan itu runtuh.

Usaha mencari diteruskan di tapak runtuhan sementara keluarga pelajar berkenaan berkumpul dan berdoa anak-anak mereka dapat ditemukan.

Kumpulan atlet dari Kolej Famagusta Turkish Maarif itu ke Adıyaman diiringi oleh guru dan ibu bapa.

Empat orang daripada kumpulan itu terselamat selepas dilaporkan sempat keluar menyelamatkan diri sebelum runtuhan berlaku.

Media tempatan memetik pegawai melaporkan mayat dua guru ditemukan Rabu lalu dan angka kematian meningkat kepada tiga orang selepas mayat seorang pelajar ditemui.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya