TERKINI: NASA guna teknologi 'spinoff' kesan mangsa di bawah

TERKINI: NASA guna teknologi ‘spinoff’ kesan mangsa di bawah runtuhan bangunan

SATELIT NASA membantu mengesan mangsa-mangsa di bawah runtuhan bangunan di Turkiye dan Syria.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS), Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) memaklumkan teknologinya digunakan bagi membantu pasukan penyelamat mengesan mangsa gempa bumi yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Lapor Al Jazeera, agensi itu berkata, kumpulan penyelamat di Turkiye boleh menerima maklumat hasil daripada Kumpulan SpecOps Florida yang menggunakan teknologi ‘spinoff’ NASA.

Unit prototaip yang digelar Finding Individus for Disaster Emergency Response (FINDER) pada asalnya dibina oleh Makmal Penggerak NASA dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS sebelum melesenkan mereka kepada SpecOps.

Pentadbir NASA, Bill Nelson dalam ciapan Twitter berkata, pada waktu bencana, teknologi ini boleh menjadi talian hayat yang sangat cekap dan berkesan.

Katanya, FINDER, teknologi ‘spinoff’ NASA menyediakan pasukan penyelamat dengan perkara yang penting iaitu alat untuk mencari dan membantu mereka yang memerlukan selepas gempa bumi di Turkiye dan Syria.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya