TERKINI: angka maut gempa bumi cecah 900 di Syria dan Turkiye

TERKINI: angka maut gempa bumi cecah 900 di Syria dan Turkiye

PASUKAN mencari dan menyelamat memindahkan mangsa-mangsa yang cedera ke hospital berdekatan. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Gempa bumi bermagnitud 7.8 melanda Turkiye dan Syria beberapa jam lalu menyebabkan 912 orang terbunuh dan beberapa ratus cedera, menurut Reuters.

Menurut portal Indianexpress.com, angka kematian masih meningkat dari semasa ke sesama dan dijangka mencecah ribuan orang.

Sehingga kini, penduduk yang terlibat dan cedera dikeluarkan dari runtuhan berpuluh-puluh bangunan.

Angka kematian terkini juga dilaporkan lebih ramai di Syria berbanding di Turkiye.

Amerika Syarikat, Russia, Ukraine, Perancis, Jerman, Azerbaijan, Israel, Pakistan dan India antara negara yang terawal menghulurkan bantuan ke Turkiye dan Syria.

Kerajaan India memutuskan untuk segera menghantar pasukan mencari dan menyelamat iaitu Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan, pasukan perubatan dan bahan bantuan ke Turki atas arahan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Dua pasukan NDRF yang terdiri daripada 100 anggota dengan skuad anjing terlatih khas dan peralatan yang diperlukan bersedia untuk diterbangkan ke kawasan yang dilanda gempa bumi untuk operasi mencari dan menyelamat.

Pasukan perubatan India juga sedang disiapkan dengan doktor terlatih dan paramedik yang membawa ubat-ubatan penting.

“India berdiri dalam solidariti dengan rakyat Turki dan bersedia untuk menawarkan semua bantuan yang mungkin untuk menghadapi tragedi ini,” kata Modi.

Gempa bumi pada 7.8 magnitud di tenggara Turkiye iaitu di utara bandar Gaziantep kira-kira 90 kilometer (60 batu) dari sempadan Syria.

Gaziantep diakatakan wilayah yang menempatkan berjuta-juta pelarian perang saudara Syria.

Gegaran itu dikatakan turut dirasai sejauh Kaherah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya