Surat cinta zaman Perang Dunia Kedua dikembalikan - Utusan Malaysia

Surat cinta zaman Perang Dunia Kedua dikembalikan

CAROL Bohlin membaca surat cinta milik ibu bapanya ketika Perang Dunia Kedua yang dikembalikan kepadanya baru-baru ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Surat cinta seorang askar Perang Dunia Kedua dikembalikan kepada anak perempuannya selepas lebih 30 tahun tersorok disebalik dinding sebuah rumah di New York.

Dottie Kearney, 51, berkata dia dan suaminya melakukan projek pengubahsuaian kediaman di Staten Island yang dibeli mereka pada tahun 1990-an

Ketika sedang memecahkan dinding lama dari bahagian atas rumah berkenaan, mereka menemui beberapa keping surat yang ditulis oleh askar Perang Dunia Kedua, Claude Smythe kepada isterinya, Marie Smythe.

Kearney berkata, dia membaca surat itu beberapa kali selama bertahun-tahun dan baru-baru ini mendapat inspirasi untuk cuba menjejaki keluarga pengirimnya selepas melihat video TikTok seorang penyiasat pusaka, Chelsea Brown menerusi program The Kelly Clarkson Show.

Kearney menghubungi Brown yang bersetuju untuk membantunya dengan kes itu.

Brown meminta bantuan laman web genealogi MyHeritage.com, yang dapat mengenal pasti anak perempuan Smythes, Carol Bohlin yang tinggal di Vermont.

Brown memulangkan surat itu kepada Bohlin dan MyHeritage.com berkongsi foto anak perempuan Smythe yang kelihatan begitu sedih dan terharu membaca surat itu buat kali pertama.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya