Spesies Catacanthus Incarnatus dinamakan sebagai Hitler

Spesies kumbang dinamakan sebagai Hitler

SPESIES kumbang Catacanthus Incarnatus dinamakan semula sebagai Adolf Hitler. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sejenis spesies kumbang yang dikenali dengan bau busuknya dinamakan semula sebagai Adolf Hitler kerana reka bentuk sayapnya menyerupai wajah pemimpin Nazi Jerman itu.

Lapor Mirror, Catacanthus Incarnatus atau dikenali sebagai kumbang busuk berwajah manusia merupakan serangga perosak yang memakan buah-buahan, tanaman kapas, jagung, kacang soya dan gajus.

“Trend menamakan serangga dengan nama personaliti popular bermula sejak kebelakangan ini.

“Spesies Catacanthus Incarnatus dinamakan sebagai Hitler kerana kumbang itu menyerupai wajah diktator Nazi Jerman itu,” lapor akhbar The New Indian Express.

Berdasarkan laporan akhbar itu, beberapa spesies kumbang lain turut dinamakan sempena nama selebriti Bollywood seperti Amrish Puri dan AK Hangal.

Jelas akhbar itu, tujuan menamakan semula spesies kumbang itu bagi meningkatkan minat dalam pelajar penyelidikan dengan menjadikan kajian mengenai serangga lebih mudah untuk dikenal pasti. 

Bagaimanapun, beberapa pemantau hidupan liar memberi reaksi berbeza terhadap perbandingan tersebut.

Jurugambar Michael Lassle yang menemukan spesies kumbang itu di Langkawi berpandangan serangga itu tidak memerlukan nama demikian.

“Saya rasa ada beberapa persamaan dengan gaya Hitler seperti mana yang terdapat pada labah-labah Napoleon dan Napoleon.

“Namun, setiap orang mungkin mempunyai pandangan berbeza dalam alam semula jadi, oleh itu, saya lebih gemar nama panggilannya sebagai kumbang busuk berwajah manusia.

“Jika saya jadi kumbang itu, sudah tentu saya tidak mahu dibandingkan dengan Hitler,” katanya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya