Salji luar biasa di Los Angeles dalam tiga dekad

Salji luar biasa di Los Angeles dalam tiga dekad

PAPAN tanda Hollywood hampir tidak kelihatan akibat salji tebal. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Salji tebal dilaporkan melitupi seluruh Los Angeles, termasuk di sekitar kawasan ikonik, Hollywood, pertama kali dalam tiga dekad.

Lapor BBC, Musim sejuk dikatakan semakin meningkat di selatan California sehingga hujung minggu ini.

San Francisco dilaporkan memecahkan rekod suhu terendah selama 132 tahun, menurun kepada 4 darjah Celcius, kelmarin.

Puluhan juta penduduk di Golden State berada di bawah amaran ribut salji, angin dan banjir.

Lebuh raya utama Pantai Barat, Interstate 5, ditutup sebahagiannya di selatan sempadan Oregon.

Los Angeles, sebuah bandar yang terkenal dengan pokok palma dan jalan-jalan yang disinari cahaya matahari berada di bawah amaran ribut salji pertama dalam lebih tiga dekad.

Kelmarin, orang ramai di bandar itu menjadi teruja dengan pemandangan salji luar biasa di sekitar papan tanda Hollywood.

Di tempat lain di Los Angeles, pihak berkuasa turut memberi amaran tentang salji yang menebal di kawasan kejiranan di seluruh daerah sekitarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya