PBB sokong resolusi kutuk pencerobohan di Ukraine - Utusan Malaysia

PBB sokong resolusi kutuk pencerobohan di Ukraine

MENTERI Luar Ukraine, Dymtro Kuleba berucap di Persidangan PBB di New York.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York menyokong resolusi yang mengutuk pencerobohan Russia ke atas Ukraine hampir setahun lalu.

Usul meminta pengunduran tentera dari Ukraine dan menghentikan pertempuran itu dibuat sehari sebelum ulang tahun pertama pencerobohan.

Resolusi itu mengesahkan sokongan terhadap kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine, menolak sebarang tuntutan Russia ke atas bahagian negara yang didudukinya.

PBB juga menuntut agar Russia segera, sepenuhnya dan tanpa syarat menarik balik semua angkatan tenteranya dari wilayah Ukraine dalam sempadan yang diiktiraf antarabangsa dan menggesa permusuhan dihentikan.

Langkah itu tidak mengikat di sisi undang-undang tetapi memegang kepentingan politik.

Walaupun resolusi itu diluluskan secara besar-besaran oleh majoriti negara, terdapat beberapa penolakan yang ketara.

Usul berkenaan disokong oleh 141 negara dengan 32 berkecuali dan tujuh yang lain termasuk Russia, Belarus, Korea Utara, Eritrea, Mali, Nicaragua dan Syria mengundi menentangnya.

China, India, Iran dan Afrika Selatan adalah antara 32 negara yang berkecuali dalam pengundian.

Terdahulu, dalam persidangan  Organisasi untuk Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) di Vienna, keputusan untuk memberikan visa kepada delegasi Russia menimbulkan kemarahan.

Ukraine dan Lithuania memboikot sesi itu sepenuhnya berikutan keputusan Austria untuk menjemput pegawai dari Moscow, walaupun ada yang berada di bawah sekatan EU.

Kerajaan Austria berkata, pihaknya perlu berbuat demikian di bawah undang-undang antarabangsa kerana OSCE mempunyai ibu pejabatnya di Moscow.

Sebilangan besar delegasi kemudian kemudian bertindak keluar dewan  semasa delegasi Russia menyampaikan ucapannya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya