Pakar temukan teratai gergasi terbesar dunia - Utusan Malaysia

Pakar temukan teratai gergasi terbesar dunia

SPESIES teratai gergasi Victoria Boliviana tersenarai dalam Guinness World Record.-AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LA PAZ: Spesies teratai gergasi  berasal dari Amerika Selatan yang ditemukan beberapa bulan lalu berjaya memecahkan beberapa rekod melibatkan flora air terbesar di dunia.

Guinness World Record mengiktiraf Victoria Boliviana sebagai spesies teratai air terbesar, daun teratai terbesar dan daun terbesar yang tidak berbelah bahagi.

Spesies itu baru-baru ini dikenal pasti sebagai spesies berbeza oleh pasukan penyelidik yang diketuai oleh pakar hortikultur penyelidikan saintifik dan botani Kew Garden, Carlos Magdalena.

Spesies itu dikenal pasti telah wujud di Royal Botanic Gardens di London selama 177 tahun.

Tetapi sebelum penemuan spesies yang berbeza itu, teratai air gergasi berkenaan dipercayai milik spesies berasingan dipanggil Victoria Amazonica.

Justeru spesies berkenaan juga mencatat rekod sebagai spesies baharu pertama teratai air gergasi yang ditemukan dan didokumenkan selepas lebih 100 tahun.

“Secara rasminya Victoria boliviana dinamakan sebagai teratai air gergasi terbesar di dunia. 

“Penemuan yang dibuat tahun lepas kini memegang gelaran Guinness World Record untuk spesies teratai air terbesar, daun teratai terbesar, daun terbesar tidak berbelah bahagi,” jelas Kew Gardens dalam satu kenyataan.

Bahagian tengah daun teratai Victoria boliviana mampu menampung berat sehingga 79.8 kilogram dan boleh tumbuh dan membesar sehingga melebihi 3 meter. 

Spesimen terbaru yang direkodkan itu ditanam di taman La Rinconada di Santa Cruz de la Sierra, Bolivia dan mempunyai diameter 3.19 meter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya