Kucing diselamatkan dari runtuhan di Turkiye, enggan berpisah

Kucing diselamatkan dari runtuhan di Turkiye, enggan berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Seekor kucing comel yang berjaya diselamatkan dari bawah runtuhan bangunan di Turkiye, dilaporkan enggan berpisah dengan anggota bomba yang menyelamatkannya.

Lapor portal Fox5, haiwan peliharaan itu diselamatkan oleh pasukan anggota bomba Mardin ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di bandar Gaziantep.

Malah, kucing itu enggan meninggalkan anggota bomba, Ali Cakas yang menyelamatkannya.

Menurut Cakas, dia menamakan kucing itu sebagai `Enkaz’ yang bermaksud runtuhan dalam bahasa Turki.

Katanya, dia memberi nama demikian sempena kejadian dua gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud menggegarkan beberapa kawasan di Turkiye dan Syria pada awal bulan ini.

“Sekiranya, kami tidak dapat mencari pemilik kucing ini maka saya mahu membawa bersama saya,” katanya.

Dilaporkan, kucing itu diselamatkan selepas 129 jam gempa bumi menggegarkan bandar Gaziantep.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya