Kebebasan dalam Pembelajaran jadi Kurikulum Kebangsaan 2024 - Utusan Malaysia

Kebebasan dalam Pembelajaran jadi Kurikulum Kebangsaan 2024

BAHARUDIN memberi taklimat kepada golongan pendidik tentang penerapan kurikulum baharu di Kudus di Jawa Tengah kelmarin.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi mengumumkan Kurikulum Kebebasan Dalam Pembelajaran iaitu pembelajaran mengikut keperluan pelajar akan diperkenalkan sebagai Kurikulum Kebangsaan Indonesia pada 2024.

Pegawai Pusat Kurikulum dan Pembelajaran Standard Pendidikan, Kurikulum dan Pentaksiran, Baharudin berkata, keputusan untuk menerima pakai kurikulum itu akan diserahkan kepada setiap unit pendidikan.

Jelasnya, sekolah yang bersedia untuk menerapkannya akan dipuji, memandangkan pilihan itu dibuat berdasarkan kesediaan mereka.

“Pasti sekolah akan mengguna pakai nanti. Sementara itu, pada masa ini kita sedang mengukur kesediaan sekolah di negara ini.

“Mengenai sokongan belanjawan, ia akan diselaraskan selepas ia ditetapkan sebagai kurikulum kebangsaan pada 2024. Oleh itu, akan ada pelarasan untuk latihan dan perkara lain. 

“Ini termasuk bagaimana kurikulum ini dimaklumkan secara meluas supaya unit pendidikan dan rakan-rakan guru memahami dan dapat menerima kurikulum tersebut dengan baik,” katanya ketika berucap dalam majlis di Kudus di Jawa Tengah semalam. 

Jelas Baharudin, perkara paling penting yang menjadi keutamaan penerapan kurikulum tersebut ialah pelajar akan mendapat pendidikan berkualiti.

Dalam pada itu, lapor Antara News, pelbagai aplikasi untuk latihan kendiri disediakan bagi memudahkan guru-guru mengakses beberapa dokumen mengenai kurikulum Kebebasan Dalam Pembelajaran serta modul lain.

Kurikulum berkenaan adalah susulan daripada program sebelumnya yang membolehkan pelajar menumpukan perhatian kepada perkara yang paling diminati dan diperlukan semasa tempoh pembelajaran mereka.

“Terdapat profil pembelajaran Pancasila, yang menjadi matlamat utama proses pendidikan ini dilaksanakan.

“Guru-guru diberi kelonggaran dalam memilih bahan dan proses pembelajaran yang sesuai dengan keadaan pelajar dan status sokongan di unit pendidikan.

“Ia akan membolehkan pelajar mendapat kompetensi yang maksimum, seperti mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang baik serta mempunyai akhlak yang baik mengikut nilai ketimuran, tambahnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya