Indonesia sertai empat negara calonkan kebaya di UNESCO

Indonesia sertai empat negara calonkan kebaya di UNESCO

PASUKAN Kebangsaan Kebaya Indonesia dalam acara Kerjasama Menjaga Kebaya di Hotel Pullman Jakarta.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia secara rasmi bersetuju mendaftarkan kebaya dengan Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) dalam bentuk pencalonan bersama dengan empat negara lain di Asia Tenggara. 

Keputusan tersebut disahkan oleh Pengerusi Harian Suruhanjaya Nasional Indonesia untuk UNESCO (KNIU), Itje Chodidjah ketika ditemui Kompas.com di Jakarta Pusat kelmarin.

“Telah diputuskan bahawa Indonesia akan menyertai pencalonan bersama Singapura, Malaysia, Brunei Darussalam dan Thailand. 

“Persetujuan ini dicapai melalui perbincangan kumpulan fokus (FGD) yang dijalankan oleh lima negara minggu lalu di Jakarta bersama Kementerian Luar, KNIU, dan Ketua Pengarah Kebudayaan, Kementerian Penyelidikan dan Teknologi,” katanya.

Melalui mekanisme pencalonan bersama, dua atau lebih negara boleh mengemukakan budaya sekali setiap tahun.

Bagi mekanisme pencalonan tunggal pula, setiap negara hanya boleh menyerahkan satu budaya dalam tempoh dua tahun kepada UNESCO.

Indonesia pada awalnya merancang untuk mendaftarkan kebaya melalui pencalonan tunggal.

Menurut Itje, keputusan Indonesia bergabung dengan empat negara untuk mendaftarkan kebaya sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) kepada UNESCO merupakan satu langkah bijak.

“Indonesia menyertai empat negara dalam mendaftarkan kebaya sebenarnya adalah diplomasi lembut yang baik, lebih-lebih lagi Indonesia sebagai Pengerusi ASEAN dapat menunjukkan kewibawaannya.

“Tiada masalah jika Indonesia mahu mendaftarkan kebaya melalui pencalonan tunggal, namun penyerahan tidak sepantas pencalonan bersama yang boleh dilakukan tahun ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya