Indonesia sedia pelan hala tuju ASEAN Timur Leste

Indonesia sedia pelan hala tuju ASEAN Timur Leste

JOKOWI menyampaikan komitmen Indonesia untuk melanjutkan kerja sama pembangunan dengan Perdana Menteri Timor Leste, Taur Matan Ruak di Istana Presiden Bogor di wilayah Jawa Barat.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, sedang menyediakan pelan hala tuju bagi menyokong keahlian penuh Republik Demokratik Timor Leste dalam persatuan serantau itu.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) membuat pengumuman itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersama Perdana Menteri Timor Leste, Taur Matan Ruak di Istana Presiden Bogor di wilayah Jawa Barat kelmarin.

“Secara prinsipnya, Timor Leste telah diterima sebagai anggota ASEAN. Peta hala tuju untuk keahlian penuh sedang disediakan, diketuai oleh Indonesia sebagai Pengerusi ASEAN sekarang,” kata Widodo.

Katanya, beliau gembira dengan penerimaan Timor Leste sebagai anggota ASEAN, selaras dengan keputusan Sidang Kemuncak ASEAN 2022 di Kemboja.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berkata, beliau percaya keanggotaan ASEAN  boleh menyumbang kepada peningkatan kestabilan dan kemakmuran rantau itu.

Terdahulu, Menteri Luar Negeri Timor Leste, Adaljiza Albertina Xavier Reis Magno, telah menyertai mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-32 di Jakarta pada 3 Februari 2023 sebagai pemerhati.

Bagaimanapun, ACC masih perlu membincangkan langkah selanjutnya bagi Timor Leste untuk mendapatkan keahlian penuh ASEAN selepas penyertaan awal negara itu dalam mesyuarat berkenaan.

Adaljiza menyifatkan peluang menyertai ASEAN sebagai detik yang sangat penting dalam sejarah Timor Leste.

“Timor Leste menyokong ASEAN sebagai pusat pertumbuhan, selaras dengan tema Pengerusi ASEAN 2023 Indonesia.

“Selain itu, keahlian ini penting kerana kami menyedari tiada negara yang bebas daripada masalah dan dinamik yang berlaku di peringkat serantau,” tambahnya.

Lapor Antara, lawatan Taur kelmarin merupakan lawatan rasmi ketiga beliau ke Indonesia kerana sebelum ini beliau melawat Indonesia sebagai Presiden Timor Leste pada 2014 dan 2015.

Dalam mesyuarat dua hala terbaharu itu, empat memorandum persefahaman (MoU) dalam sektor ekonomi, pendidikan dan industri dimeterai oleh kedua-dua negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya