Hutan berbentuk hati ditemukan di Thailand

Hutan berbentuk hati ditemukan di Thailand

GAMBAR pemandangan udara menunjukkan sebuah kawasan hutan berbentuk hati di Chaing Rai, Thailand. - AGENSI    
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Agensi Pembangunan Geomaklumat dan Teknologi Angkasa (GISTDA) Thailand baru-baru ini mengeluarkan gambar pemandangan udara sebuah kawasan hutan yang kelihatan seperti bentuk hati di negara itu.

Memetik laporan The Nations, jurucakap GISTDA, Dr. Siam Lawawirojwong berkata, gambar hutan itu dirakam menggunakan satelit SPOT 6.

Katanya, satelit itu terletak kira-kira 694 kilometer (km) di atas Bumi dan mengorbit secara serentak dengan matahari.

Jelas beliau, hutan berbentuk hati itu terletak di daerah Pyaha Meng Rai di Chaing Rai dan berhampiran sebuah kuil Buddha, Wat Santitham.

“Hutan itu juga berperanan sebagai habitat bagi spesies pokok daripada jenis Dipterokarp,” katanya.

Sementara itu, Siam berkata, hutan itu berfungsi sebagai `green heart’ yang menyediakan udara segar dan bersih bagi beberapa kampung berdekatan.     

Menurut beliau, hutan itu turut dikelilingi dengan sawah padi dan ladang ubi kayu yang diusahakan oleh penduduk kampung berhampiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya