Gempa bumi: Penduduk terpencil Turkiye dakwa terpinggir

Gempa bumi: Penduduk terpencil Turkiye dakwa terpinggir

PENDUDUK mengambil makanan, pakaian dan barangan rumah yang dihantar dari belakang trak di Samandag, selatan Hatay. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMANDAG: Lebih 40,000 penduduk pekan kecil Samandag, sempadan Syria yang terjejas akibat gempa bumi kuat 7.8 dan 7.5 magnitud pada 6 Februari lalu mendakwa tercicir daripada bantuan kerajaan Turkiye.

Pada waktu ini, mereka men­dakwa amat memerlukan selimut, pakaian tebal dan makanan kerana terpaksa berdepan dengan cuaca sejuk iaitu pada paras satu darjah Celcius.

Mereka mendakwa, setakat ini, kebanyakan bantuan yang diterima penduduk adalah daripada badan-badan persendirian.

Jiran Samandag yang jauh lebih besar, Antakya, sebuah bandar purba dengan hampir 500,000 penduduk pula dilaporkan mula menerima bantuan kerajaan.

Malah, sejak tragedi ber­ke­naan, pasukan penyelamat dikatakan lewat tiba ke Samandag sehingga ramai yang mening­gal dunia setelah terpe­rangkap lama di bawah runtuhan bangunan.

Ramai penduduk mendengar saudara-mara dan rakan-rakan mereka perlahan-lahan mati di bawah runtuhan ketika me­nunggu pasukan penyelamat.

MENAHAN KESEJUKAN
Mereka yang terselamat dalam bencana itu pula kini tinggal di jalanan, menahan kesejukan apabila suhu musim sejuk me­n­junam negatif lima darjah Celsius pada waktu malam.

Penduduk, Hasan Irmak memberitahu, dia melihat lima ahli keluarganya termasuk anak perempuannya Belinda yang berusia enam tahun tertimbus di bawah rumahnya yang ranap.

“Dia (anak perempuannya) hidup selama dua hari sahaja di bawah runtuhan,” kata lelaki berusia 57 tahun itu.

BANTUAN PERSENDIRIAN
Seorang lagi penduduk, Se­mir Ayranci memberitahu, bantuan yang diterima oleh ahli keluarganya adalah daripada badan persendirian.

“Semua pengagihan ini adalah inisiatif swasta. Kami ditinggalkan oleh kerajaan,” katanya.

Semir turut membandingkan dirinya dan penduduk Samandag dengan warganegara kelas ketiga.

Seorang tukang roti pula menggunakan rayuan dalam media sosial untuk mendapatkan bekalan tepung yang banyak.

Dia kini bekerja keras untuk menyediakan roti percuma kepada mangsa-mangsa gempa bumi yang terselamat.

Namun, terdapat penderma yang bermurah hati menyediakan tempat memasak serta terdapat empat wanita membantu mengupas kentang bagi menyiapkan makanan untuk kejiranan.

“Tiada negeri. Kami semua sukarelawan,” kata pengupas kentang, Seal Yuves. –AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya