Gempa bumi landa wilayah Papua: 4 orang maut - Utusan Malaysia

Gempa bumi landa wilayah Papua: 4 orang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sekurang-kurangnya empat orang maut selepas gempa bumi melanda wilayah Papua di Indonesia.

Menurut pihak berkuasa, bencana itu turut memusnahkan sebuah restoran yang terletak di tepi pantai.

Berdasarkan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGC), gempa bumi berukuran 5.1 magnitud melanda sekitar waktu tengahari di barat daya bandar Jayapura pada kedalaman 22 kilometer (km).

“Sebuah kafe runtuh dan empat orang disahkan meninggal dunia,” kata ketua agensi pengurusan bencana Jayapura, Asep Khalid dalam satu kenyataan.

Beberapa penduduk Jayapura menyatakan orang ramai panik dan berlari menyelamatkan diri ketika kejadian itu berlaku.

“Ada yang lari dari rumah dan kedai ketika gempa bumi melanda wilayah itu,” kata seorang penduduk

Terdahulu, agensi meteorologi negara memaklumkan wilayah itu dilanda gempa bumi berukuran 5.2 magnitud, selain memberi amaran mengenai potensi gempa susulan.

Indonesia sering dilanda gempa ekoran terletak di dalam kawasan ‘Lingkaran Api Pasifik’ yang mana gempa kuat berlaku ketika plat tektonik bertembung. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya