Budak 10 tahun alami sindrom rambut tidak boleh disikat

Budak 10 tahun alami sindrom rambut tidak boleh disikat

SAM Barley dipercayai mempunyai gaya rambut ala Albert Einsteins. - AGENSI    
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang mengalami masalah kesihatan jarang ditemui, sering mendapat perhatian ramai kerana rambut berwarna perang yang tumbuh lurus menegak.

Lapor Mirror, Sam Barley dari Lincolnshire dipercayai mempunyai gaya rambut ala  saintis terkenal, Albert Einstein. 

Menurut Sam, dia menyedari rambutnya agak aneh kerana akan kembali ke bentuk asal walaupun selepas disikat dengan rapi.

“Orang ramai sering bertanya sekiranya saya pernah mewarnakan rambut saya.

“Malah, ada yang bergurau mengenai rambut saya kononnya ia kelihatan seperti terkena kejutan elektrik.

“Bagaimanapun, saya tetap berbangga dengan penampilan rambut saya dan rakan-rakan saya rasa ia amat cantik,” katanya.

Sam menghidap masalah genetik dikenali sebagai sindrom rambut tidak boleh disikat (UHS) yang dipercayai hanya terdapat 100 kes di seluruh dunia.  

Sindrom UHS adalah keadaan dicirikan oleh rambut kering dan keriting yang tidak boleh disikat rata.

Bahkan, ada yang percaya gaya rambut Albert Einstein juga disebabkan oleh UHS. 

Sementara itu, ibu Sam, Helen Barley berkata, dia mula menyedari rambut anaknya tumbuh lurus menegak ketika Sam berusia dua setengah tahun.              

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya