Buaya 5 meter muncul berdekatan landasan lapangan terbang

Buaya 5 meter muncul berdekatan landasan lapangan terbang

ANGGOTA bomba menangkap buaya yang ditemukan berhampiran landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seekor buaya sepanjang kira-kira lima meter dilaporkan ditemukan berdekatan pagar landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin di bandar Maros, Sulawesi Selatan di Indonesia.

Bagaimanapun, buaya itu berjaya ditangkap oleh pasukan Perkhidmatan Bomba Maros.

Lapor CNN Indonesia, Ketua Polis Mandai, Asep berkata, reptilia ganas itu ditemukan oleh sekumpulan penduduk yang sedang memancing berhampiran lokasi berkenaan.

“Buaya itu muncul di kawasan sawah milik penduduk namun anggota bomba berjaya menangkapnya,” katanya.

Menurut Asep, penduduk melaporkan mengenai penemuan buaya di luar pagar landasan lapangan terbang itu, kepada jabatan bomba Maros.

Katanya, beberapa anggota bomba segera menangkap dan memindahkan haiwan reptilia itu dari sawah milik penduduk setempat.

“Buaya itu ditangkap menggunakan peralatan sedia ada. Selepas itu, anggota bomba melakukan pencarian di lokasi buaya ditemukan dan menemukan 34 biji telur reptilia itu,” katanya.

Tambah beliau, anggota bomba kemudian membawa buaya yang ditangkap bersama 34 biji telur haiwan itu ke Ibu Pejabat Bomba Maros.     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya