Akshay Kumar pecah rekod `selfie' dunia

Akshay Kumar catat rekod dunia swafoto terbanyak

AKSHAY Kumar menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness bagi paling banyak merakam gambar swafoto bersama peminatnya dalam masa tiga minit. - AGENSI     
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Pelakon terkenal Bollywood, Akshay Kumar memecahkan Rekod Dunia Guinness dengan merakam gambar swafoto paling banyak bersama peminatnya dalam masa yang singkat.  

Lapor portal UPI.com, aktor berusia 55 tahun itu berjaya merakam gambar swafoto bersama 184 peminat dalam masa tiga minit.

Bintang Bollywood itu melakukan cabaran rekod dunia berkenaan di Mehboob Studios di Mumbai.

Akshay melakukan cabaran itu ketika mempromosikan filem terbaharunya, Selfiee.  

Menurut laporan, ketika aksi itu, Akshay berdiri di tengah-tengah lebih 240 peminat kesayangannya yang menunggu dalam dua barisan.

“Teknik itu dilakukan agar Akshay boleh merakam gambar swafoto bersama peminatnya dengan cepat,” jelas laporan itu.

Sebenarnya, Akshay merakam sebanyak 209 gambar swafoto bersama peminatnya dalam tempoh masa diperuntukkan.

Namun, beberapa gambar swafoto terpaksa ditolak ekoran kualiti rakaman yang tidak memuaskan. 

Akshay berjaya memecahkan rekod dipegang oleh James Smith dari Britain yang merakam sebanyak 168 gambar swafoto.

Pemegang rekod dunia sebelum ini termasuk pelakon terkenal, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock dan artis, Donnie Wahlberg. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya