273 laga penumbuk dalam 30 saat  - Utusan Malaysia

273 laga penumbuk dalam 30 saat 

DAVID Rush (kanan) dan Joey Hannon (kiri) melakukan 273 laga penumbuk secara berselang-seli dalam masa 30 saat. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOISE: Seorang lelaki dari Idaho memecahkan Rekod Dunia Guinness selepas berjaya melakukan `fist bump’ atau laga penumbuk paling banyak secara berselang-seli dalam masa 30 saat.

Lapor portal UPI, David Rush berkongsi rakaman video dirinya melakukan aksi itu bersama anak jirannya, Joey Hannon. 

Rush dan Hannon berjaya melakukan sebanyak 273 laga penumbuk secara berselang-seli dalam masa 30 saat.

Kedua-dua lelaki itu berjaya memecahkan rekod dunia dicatatkan oleh Nafees Istay Taufiq Antu dan Akibur Rahman Saikat yang sebelum ini melakukan sebanyak 174 laga penumbuk.   

“Saya dan Hannon terpaksa melakukan laga penumbuk sesama beribu kali bagi menjayakan aksi ini.

“Tangan kami berdarah, berpeluh dan cedera. Saya dan Hannon terpaksa bertahan rasa sakit yang dialami.

“Sebenarnya, kami melakukan 297 laga penumbuk dalam masa 30 saat tetapi badan penilaian Guinness membatalkan 24 setelah mendapati tidak layak,” katanya.

Menurut Rush, aksi baharu itu lebih `teknikal dan mencabar’ berbanding rekod dunia dicatatkan sebelum ini bagi laga penumbuk paling banyak dalam masa seminit.       

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya