ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 15 orang maut dalam gempa bumi besar berukuran 7.8 magnitud yang melanda tenggara Turkiye hari ini.
Kata pegawai tempatan, jumlah korban turut meningkat kerana banyak bangunan musnah.
Menurutnya, lima orang maut di wilayah Osmaniye dan 10 lagi di Sanliurfa, yang terletak berhampiran sempadan Turkiye dengan Syria.
Gempa bumi itu magnitud melanda daerah Pazarcik di wilayah selatan Kahramanmaras, diikuti satu lagi gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang melanda wilayah Gaziantep selatan , kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan negara itu.
Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 34 bangunan musnah di wilayah selatan Osmaniye, kata Gabenor Erdinc Yilmaz. Sekurang-kurangnya 10 orang maut di wilayah tenggara Sanliurfa dan 16 bangunan runtuh, kata Gabenor Salih Ayhan.
“Kami menghantar semua pasukan mencari dan menyelamat kami ke zon gempa bumi. Kami menetapkan amaran tertinggi,” kata Menteri Dalam Negeri Turki Suleyman Soylu kepada pemberita.
Beliau berkata gempa itu menyebabkan korban di sekurang-kurangnya 10 wilayah.
“Kami telah menyediakan amaran peringkat keempat. Ini adalah penggera yang termasuk bantuan antarabangsa,” kata Soylu.
Penyiar TRT yang dikendalikan kerajaan menunjukkan bangunan yang rosak dan orang ramai berkumpul di jalanan. –AFP