Wajah Messi hiasi ladang jagung di Argentina - Utusan Malaysia

Wajah Messi hiasi ladang jagung di Argentina

WAJAH Lionel Messi kelihatan pada ladang jagung di bandar Los Condores, wilayah Cordoba, Argentina. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Lebih 20 petani di Argentina menghasilkan potret gergasi menerusi tanaman yang menampilkan wajah bintang bola sepak terkenal dunia, Lionel Messi pada ladang jagung mereka.

Kumpulan petani itu yang juga merupakan peminat tegar Messi berbuat demikian sebagai tanda penghargaan terhadap pemain popular itu yang berjaya memimpin pasukan bola sepak Argentina sehingga memenangi Piala Dunia Qatar 2022.

Lapor Oddity Central, sebuah potret Messi yang dihiasi pada ladang jagung seluas 50 hektar boleh dilihat dari pemandangan udara di bandar Los Condores, wilayah Cordoba.

Sebelum perlawanan Piala Dunia 2022 bermula, kumpulan petani itu dilaporkan menggunakan algoritma penanaman khas yang dicipta oleh jurutera pertanian, Carlos Faricelli. 

Kaedah itu membolehkan para petani mengira kedudukan untuk menanam benih jagung bagi membentuk wajah Messi.  

Menurut Faricelli, dia mencipta pengekodan bagi jentera yang membolehkan menghasilkan imej Messi di ladang jagung itu. 

“Saya mendapat idea memasukkan kod pada alat penyemai dengan wajah Messi sebagai tanda meraikan pemain itu.

“Dengan menggunakan alat pengekodan geo, jentera mengetahui secara tepat jumlah benih bagi setiap meter persegi dan apabila tumbuh ia mencipta kontras wajah Messi yang berbeza,” katanya.

Jelas Faricelli, dia menyediakan teknologi itu untuk mana-mana petani yang kemudian diguna pakai oleh lebih 20 golongan tersebut.  

Dilaporkan, tanaman menampilkan wajah Messi mula terbentuk malah gambar dan video daripada ladang berlainan di seluruh Argentina, menjadi tular dalam media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya