Ukraine tolak serangan intensiti tinggi Russia di Soledar

Ukraine tolak serangan intensiti tinggi Russia di Soledar

GAMBAR ini menunjukkan rakaman video AFP yang memperlihatkan seorang anggota tentera Ukraine memandang jauh ketika melancar roket 122mm BM-21'Grad' MLRS di pinggir Soledar kelmarin.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Kerajaan Ukraine menentang serangan berintensiti tinggi Russia di Soledar, sebuah bandar di wilayah timur Donetsk di mana mereka mendakwa Russia mengerahkan lebih banyak tenteranya di kawasan itu.

Timbalan Menteri Pertahanannya, Ganna Malyar turut menyifatkan pertempuran itu sebagai peperangan fasa sukar.

“Ia merupakan ‘panas’ semalaman di Soledar. Permusuhan berterusan. Musuh memindahkan hampir semua pasukan utamanya ke barisan Donetsk dan mengekalkan serangan intensiti tinggi,” katanya.

Russia mahu menawan wilayah perindustrian Donetsk sebagai objektif utamanya selepas hampir satu tahun pertempuran.

Mereka kini dikatakan terpaksa meninggalkan matlamat untuk merampas ibu kota Kyiv dan menggulingkan kerajaan Ukraine.

Kumpulan tentera upahan Russia, Wagner pula mendakwa menerajui serangan di Soledar iaitu sebuah bandar perlombongan garam dengan populasi sebelum perang sekitar 10,000 orang.

Malah, pada Isnin lalu, pasukan tentera upahan itu mendakwa sudah mengawal Soledar.

Tetapi, Kementerian Pertahanan Russia awal minggu ini menggesa supaya pihak tenteranya terus berhati-hati dan menyifatkan pertempuran di Soledar sebagai masih berterusan.

Institut Kajian Perang yang berpangkalan di AS, sebuah kumpulan pemerhati tentera dalam nota analisis berkata, tentera Russia mungkin dapat menawan Soledar minggu ini.

“Tetapi kemenangan berskala kecil ini tidak mungkin membayangkan pengepungan seluruh Bakhmut,” katanya, merujuk kepada bandar berdekatan yang lebih besar di Donetsk yang diserang tentera Russia selama berbulan-bulan. –AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya