Polis tumpas sindiket penipuan pakej umrah - Utusan Malaysia

Polis tumpas sindiket penipuan pakej umrah

SUSPEK dikenali sebagai RMY ditahan di Bandung, Jawa Barat di Indonesia. - ANTARA  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis berjaya menumpaskan aktiviti jenayah sebuah syarikat pengendalian umrah yang beroperasi secara haram sejak tahun 2014 di wilayah Bandung Barat, Indonesia.

Lapor Kompas, sindiket itu dibongkarkan oleh Unit Siasatan Jenayah Khas polis wilayah Jawa Barat.

Pengarahnya, Arif Rachman berkata, syarikat pelancongan tanpa lesen itu telah memperdayakan seramai 45 jemaah dengan anggaran jumlah kerugian sebanyak 4.6 bilion Rupiah (RM1.29 juta).

Malah, katanya, puluhan jemaah berkenaan juga berjaya berlepas ke Arab Saudi namun terkandas setelah gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Menurut Arif, seorang lelaki dikenali sebagai RMY ditahan dan dinamakan sebagai suspek dalam kes berkenaan.

Jelas beliau, pendedahan itu dibuat setelah pihaknya menerima banyak aduan daripada mangsa penipuan pakej umrah yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

“Pada Julai tahun lalu, kumpulan jemaah itu berlepas ke Mekah dengan beberapa penerbangan tetapi terkandas dan dihantar pulang,” katanya dalam sidang akhbar.   

Arif berkata, syarikat pengendali pakej umrah palsu itu mengesan `mangsa’ di beberapa lokasi termasuk surau, masjid dan pusat pengajian Islam.

Kebanyakan mangsa ini terpedaya dengan tawaran ziarah dan umrah furada atau tanpa kuota dengan kemudahan orang kenamaan (VIP).

Sindiket itu mengakibatkan mangsa kerugian kira-kira 250 hingga 300 juta Rupiah (RM70,439 hingga RM84,527).

“Operasi syarikat itu menggunakan visa kewarganegaraan Malaysia dan kemudiannya mengubahnya menjadi visa Indonesia dan haji dengan pelepasan  jemaah dipisahkan kepada dua kumpulan iaitu dari Indonesia dan Thailand.  

 “Mereka selalunya berjaya melepasi pintu pelepasan di Indonesia kerana memiliki dokumen lengkap tetapi apabila tiba di Mekah, ia didapati tidak didaftarkan dan terpaksa ditolak oleh negara itu,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya