Medan akui jadi bandar anti-LGBT - Utusan Malaysia

Medan akui jadi bandar anti-LGBT

BOBBY NASUTION
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pihak berkuasa Medan menegaskan bandar itu sekeras-kerasnya menolak aktiviti dan budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Bandar Medan, Bobby Nasution selepas meninjau sambutan Tahun Baharu 2023 di sekitar bandar itu kelmarin.

Katanya, beliau terkejut apabila melihat semakin ramai pasangan songsang tanpa perasaan malu menunjukkan ‘kemesraan’ mereka dalam khalayak awam.

“Sepanjang saya berjalan dari pejabat datuk bandar ke kawasan sekitar, saya lihat ramai pasangan songsang menunjukkan kemesraan mereka.

“Jangan lakukan aktiviti songsang itu di Medan kerana bandar ini tidak sokong LGBT, kita anti-LGBT!

“Masyarakat di sini juga dinasihatkan supaya menjauhi kegiatan songsang itu kerana sudah jelas melanggar peraturan agama dan budaya kita,” tegasnya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Menantu Presiden Joko Widodo itu turut menyatakan tokoh agama berpesan supaya menjauhi perbuatan yang sia-sia.

Jelas beliau, budaya tempatan Medan dan Indonesia juga tidak menyatakan persetujuan membenarkan pasangan sesama jenis menjalin hubungan secara terbuka kerana melanggar norma.

“Tiada satu pun etnik masyarakat di Medan ini yang mengajar penduduk untuk berhubungan sejenis.

“Kita ini ada lelaki dan wanita, tuhan jadikan kita berpasangan, tapi mengapa pilih pasangan sejenis?

“Sehubungan itu, siapa yang masih bujang, saya doakan semoga tahun ini anda bertemu jodoh, bernikah dan mempunyai keluarga bahagia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya