Jerman tak halang Poland bekal kereta kebal ke Ukraine - Utusan Malaysia

Jerman tak halang Poland bekal kereta kebal ke Ukraine

JERMAN berdepan tekanan hebat untuk meluluskan kereta kebal Leopard ke Ukraine. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock menegaskan kerajaannya tidak akan sesekali menghalang Poland jika negara itu mahu menghantar kereta kebal Leopard 2 ke Ukraine.

Penghantaran kenderaan tempur itu dilihat mungkin memberi kejayaan besar kepada Ukraine yang mahu senjata berat berkenaan untuk melawan pencerobohan Russia di negara itu.

“Buat masa ini, soalan demikian belum muncul lagi namun jika ditanya maka kami tidak akan menghalangnya,” katanya kepada saluran LCI TV.

Baerbock diminta mengulas mengenai pandangan Jerman sekiranya Poland meneruskan penghantaran kereta kebal Leopard 2 tanpa kebenaran negara itu.

Komen pemimpin itu jauh berbeza dengan kenyataan Canselor Jerman, Olaf Scholz pada sidang kemuncak di Paris yang menegaskan semua keputusan mengenai penghantaran senjata akan dilakukan secara rundingan bersama sekutu termasuk Amerika Syarikat (AS).    

Sebelum ini, pegawai Ukraine selama berbulan-bulan menggesa sekutu Barat untuk membekalkan kereta kebal moden buatan Jerman.

Namun, setakat ini, Berlin tidak membuat penghantaran mahupun membenarkan negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang lain melakukan demikian.   

Jerman ketika ini berdepan tekanan hebat untuk meluluskan kereta kebal Leopard ke Ukraine.

Bagaimanapun, parti Demokrat Sosial dibawah pimpinan Scholz dilihat `skeptikal’ dengan penglibatan tentera dan berwaspada dalam langkah yang boleh menyebabkan serangan Moscow semakin meningkat.

Terdahulu, Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius berkata, pihaknya menjangkakan keputusan mengenai kereta kebal akan dibuat tidak lama lagi.

Pistorius bagaimanapun memaklumkan Jerman tidak akan membuat keputusan tergesa-gesa kerana kerajaan perlu mempertimbangkan banyak faktor termasuk impak terhadap negara dari segi keselamatan penduduk Jerman. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya