Hantar kereta kebal ke Ukraine bukti AS, Eropah terlibat

Hantar kereta kebal ke Ukraine bukti AS, Eropah terlibat

AMERIKA Syarikat akan menghantar kereta kebal tempur M1 Abrams ke Ukraine.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia menyifatkan penghantaran kereta kebal Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke Ukraine adalah bukti keterlibatan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang akan meningkatkan peperangan.

Malah, penganalisis politik turut mencadangkan mana-mana negara pembekal boleh menjadi ‘sasaran berpotensi’ Russia.

Penganalisis melontarkan pandangan sedemikian selepas AS dan Jerman pada Rabu lalu berjanji akan menyediakan kelengkapan senjata Ukraine dengan berpuluh-puluh kereta kebal berat dalam memerangi tentera Rusia.

Jurucakap Russia, Dmitry Peskov berkata, terdapat kenyataan berterusan dari Eropah dan Washington bahawa akan ada penghantaran pelbagai sistem senjata ke Ukraine termasuk kereta kebal.

Perkara ini, katanya, menandakan penglibatan negara-negara ini atau mewujudkan pakatan dalam permusuhan Russia di Ukraine. 

“Kami secara mutlak tidak bersetuju dengan ini dan di Moscow, semua yang dilakukan oleh perikatan dan negara-negara yang saya nyatakan dilihat sebagai penglibatan langsung dalam konflik. Kami melihat bahawa peperangan ini akan semakin meningkat,” kata Peskov.

Kerajaan Ukraine dikatakan mencari beratus-ratus kereta kebal moden untuk melengkapkan tenteranya dengan kuasa untuk memecahkan barisan pertahanan Russia dan menuntut semula wilayah yang diduduki di selatan dan timur Ukraine. 

Dalam peperangan ini, Ukraine dan Russia bergantung kepada kereta kebal T-72 era Soviet.

Russia yang melancarkan perang dengan Ukraine pada 24 Februari tahun lalu turut menggambarkan konflik itu sebagai konfrontasi dengan NATO.

Bekas penasihat kepada Presiden Russia, Vladimir Putin, Sergey Karaganov berkata, penghantaran senjata NATO boleh mengakibatkan kemungkinan tindakan balas tentera terhadap negara yang membekalkannya. 

“Dengan menghantar kereta kebal, negara-negara NATO menjadi lebih terbuka terlibat dalam perang dan itu menjadikan mereka sasaran yang berpotensi,” katanya kepada Al Jazeera.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya