Guru agama dihukum mati rogol, hamilkan 13 pelajar sekolah - Utusan Malaysia

Guru agama dihukum mati rogol, hamilkan 13 pelajar sekolah

HERRY Wirawan hanya tertunduk ketika hukuman mati dijatuhkan ke atasnya pada April lalu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Mahkamah Agung menolak rayuan terhadap hukuman mati yang dikenakan ke atas seorang guru agama yang didapati bersalah merogol 13 pelajarnya di sekolah yayasan diketuainya.

Herry Wirawan, 36, menghamilkan sekurang-kurangnya lapan pelajar perempuan antara 2016 dan 2021 di sekolah berasrama penuh yang diusahakannya untuk kanak-kanak dari golongan kurang berkemampuan. 

Menurut mahkamah, kebanyakan mangsanya melahirkan anak ketika masih bersekolah dan bayi mereka digunakan untuk meminta derma.

Majlis hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Agung, Sri Murwahyuni menolak rayuan yang difailkan Herry dan mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Bandung.

Herry pada mulanya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Februari tahun lalu, tetapi Mahkamah Tinggi di Bandung menukarnya kepada hukuman mati selepas pihak pendakwaan membuat rayuan. 

Hakim yang diketuai, Herri Swantoro, berkata, suspek telah melakukan jenayah paling serius kerana bukan sahaja menyakiti mangsanya tetapi juga mendera emosi dan menjejaskan masa depan mereka serta anak-anak yang dilahirkan akibat perbuatan itu.

Hukuman mati tersebut merupakan yang pertama dalam sejarah perundangan Indonesia melibatkan kes serangan seksual.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya