40 tahun tinggal di tengah-tengah ‘roundabout’ - Utusan Malaysia

40 tahun tinggal di tengah-tengah ‘roundabout’

RUMAH keluarga Howatsons terletak di tengah-tengah bulatan jalan raya di Denbighshire.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARDIFF: Sebuah keluarga di Wales tinggal di tengah-tengah bulatan jalan raya selama lebih empat dekad selepas enggan berpindah walaupun pihak berkuasa membina laluan persimpangan untuk ribuan kenderaan mengelilingi kediaman mereka.

Lapor Oddity Central, pasangan suami isteri, David John dan Eirian Howatson berpindah ke banglo mereka di Denbighshire pada tahun 1960 dan mulanya hartanah itu hanyalah kawasan kejiranan biasa sehinggalah pihak berkuasa memberitahu kediaman mereka betul-betul berada di dalam bulatan baharu yang ingin dibina.

“Saya tinggal di bulatan ini selama lebih 40 tahun malah ibu bapa kami sudah berada di kediaman ini selama 20 tahun sebelum itu lagi, jadi rumah ini menjadi sebahagian besar kehidupan kami.

“Saya boleh katakan pengalamannya sama seperti tinggal di mana-mana jalan, tetapi tidaklah teruk kerana kami mempunyai cermin berganda, jadi, bukan sesuatu yang mengganggu dan jalan raya hanya menjadi sangat sibuk pada waktu puncak untuk beberapa ketika sahaja,” jelas Clwyd Howatson kepada NorthWalesLive.

Ramai pemandu mungkin ‘menggaru kepala’ ketika mengelilingi rumah Howatsons kerana sukar menjangkakan jika ada kenderaan yang tiba-tiba keluar dari kawasan kediaman itu menghala ke tengah susur bulatan, tetapi, sehingga kini mereka tidak pernah mengalami kemalangan disebabkan perkara itu.

Namun, cabaran terbesar keluarga Howatsons adalah ketika menerima barangan yang dipesan kerana berkongsi poskod yang sama dengan rumah di sekeliling mereka, menyebabkan pemandu penghantaran mengambil sedikit masa untuk menyedari alamat itu berada di tengah-tengah bulatan.

“Biasanya apabila kami memberi arahan saya perlu menjelaskan kami bukan berada berhampiran tetapi di tengah bulatan dan mereka selalu terdengar agak ragu-ragu sehingga mereka tiba di sini,” jelas Clwyd.

Clwyd berkata, rumah bulatan itu sudah didiami keluarganya sejak sekian lama dan mahu terus menetap di lokasi itu kerana menyukai keunikannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya