22 juta penduduk di timur benua Afrika berdepan kebuluran akibat kemarau - Utusan Malaysia

22 juta penduduk di timur benua Afrika berdepan kebuluran akibat kemarau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOGADISHU: Kawasan di sekitar selatan Ethiopia ke utara Kenya dan Somalia dilanda kemarau terburuk dalam tempoh empat dekad, menyebabkan kira-kira 22 juta penduduk berisiko mengalami masalah kebuluran.

Di kawasan yang terjejas, penduduk yang mencari nafkah terutamanya pengembala binatang dan pertanian sara diri berdepan musim kemarau yang kelima berturut-turut sejak akhir tahun 2020.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 12 juta orang di Ethiopia, 5.6 juta di Somalia dan 4.3 juta di Kenya berdepan masalah kekurangan makanan.

“Jumlah keseluruhan meningkat hampir dua kali ganda daripada 13 juta pada awal 2022.

“Di seluruh rantau ini, 1.7 juta orang terpaksa keluar dari rumah mereka kerana kekurangan air dan padang rumput,” jelas Program Makanan Sedunia PBB dalam laporan 23 Januari lalu.

Tanaman yang rosak akibat serangan belalang antara tahun 2019 dan 2021 telah dimusnahkan dan haiwan ternakan turut mengalami nasib yang sama.

Agensi kemanusiaan PBB menganggarkan pada bulan November lebih 9.5 juta lembu mati akibat cuaca buruk.

Kumpulan kemanusiaan memberi amaran keadaan mungkin bertambah buruk selepas musim hujan dari Mac hingga Mei juga dijangka berada di bawah purata.

Keadaan kemarau di benua Afrika diburukkan lagi oleh perang di Ukraine yang telah menyumbang kepada peningkatan kos makanan dan bahan api selain mengganggu rantaian bekalan global serta mengalihkan wang bantuan dari rantau ini.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya