10 maut bertempur di sempadan Venezuela

10 maut bertempur di sempadan Venezuela

ASKAR Colombia pernah menahan beberapa pemberontak FARC ditahan di Tumaco, southern Colombia pada 9 Disember tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Dipercayai sekurang-kurangnya 10 maut dalam pertempuran di antara kumpulan pemberontak dan pengedar dadah bersenjata di sini berdekatan sempadan Venezuela.

Badan kemanusiaan, Human Rights Watch berkata, hal ini berikutan berlaku pertempuran di antara pejuang Tentera Pembebasan Negara (ELN) dan penentang Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC).

Pejabat pegawai penyiasatan di Colombia, tanpa menyatakan jumlah kematian melaporkan, terdapat penemuan beberapa mayat lelaki yang terbunuh dalam pertempuran yang berlaku pada Isnin dan Selasa lalu di bandar kecil Puerto Rondo, di timur laut Colombia.

Namun, kerajaan mahupun pihak berkuasa tentera tidak memberi reaksi terhadap pengumuman tersebut.

Pejuang ELN di rantau ini terlibat dalam konflik berdarah dengan penentang FARC, dengan kedua-dua kumpulan menolak perjanjian damai bersejarah 2016 dengan kerajaan serta gencatan senjata baru-baru ini yang diumumkan oleh kerajaan Presiden baharu, Gustavo Petro.

Petro, pemimpin kiri pertama negara mengisytiharkan pada malam tahun baharu bahawa gencatan senjata sementara dicapai dengan melibatkan lima kumpulan bersenjata terbesar di negara itu, termasuk ELN dalam tempoh dari 1 Januari hingga 30 Jun ini.

Tetapi ELN beberapa hari kemudian berkata, ia tidak bersetuju dengan langkah sedemikian, memaksa kerajaan untuk membatalkan pengisytiharan tersebut.

Pembatalan gencatan senjata itu melemahkan harapan kerajaan untuk menamatkan keganasan selama beberapa dekad yang berterusan walaupun perjanjian damai cuba dimeterai pada 2016 dengan FARC.

Pemberontak dan pengedar dadah itu bertempur di kawasan terpencil di negara Amerika Selatan ketika mereka berusaha untuk meluaskan wilayah mereka dan mengawal perdagangan kokain.

Pada Januari 2022, ELN dan pemberontak lain terlibat dalam pertempuran sengit di Arauca, menyebabkan 50 orang terbunuh.

Rundingan damai antara ELN dan kerajaan akan disambung hujung bulan ini di Mexico City.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya