Polis Thailand pantau pesta ganja pada sambutan Tahun Baharu - Utusan Malaysia

Polis Thailand pantau pesta ganja pada sambutan Tahun Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kerajaan Thailand memberi amaran kepada penjual ganja agar tidak mengambil bahagian mahupun menganjurkan parti dadah pada sambutan ambang Tahun Baharu.

Lapor thethaiger.com, Kementerian Kesihatan memaklumkan peraturan kawalan ganja dan sekatan melarang mana-mana acara membabitkan penggunaan dadah itu, biarpun penggunaannya dibenarkan oleh kerajaan sebelum ini.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perubatan Tradisional dan Alternatif Thailand (DTAM), sebahagian besar penduduk menyuarakan kebimbangan mereka terhadap parti dadah yang berlaku di seluruh negara.

Jelasnya, kakitangan jabatan itu secara konsisten sedang menyiasat semua aduan diterima dan menjalankan pemeriksaan terhadap mana-mana premis yang disyaki melanggar undang-undang peraturan ganja.

“Mana-mana individu didapati menjual ganja tanpa lesen vendor yang betul akan berdepan dengan pendakwaan undang-undang,” jelas laporan itu.

Ketua Pengarah juga memberi amaran mana-mana individu didapati menghisap ganja di tempat kejadian akan ditahan.

Katanya, setakat ini, seramai 12 orang sudah ditahan polis.

“Malah, perbuatan menghisap ganja bagi tujuan rekreasi turut berpotensi menyalahi undang-undang sekiranya asap itu mengganggu jiran,” jelas laporan.

Tambah Ketua Pengarah, mana-mana vendor yang merancang untuk menjual ganja perlu mendapat kebenaran khas daripada DTAM sebelum berbuat demikian dan harus mematuhi semua peraturan ditetapkan oleh kerajaan.

Katanya, pihak berkuasa akan memeriksa aktiviti yang mencurigakan bagi menentukan sama ada ia melanggar peraturan pengedaran ganja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya