Polis Myanmar tahan 112 pelarian Rohingya cuba masuk Malaysia - Utusan Malaysia

Polis Myanmar tahan 112 pelarian Rohingya cuba masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Pihak berkuasa Myanmar menahan lebih 110 etnik Rohingya termasuk kanak-kanak kerana melakukan perjalanan ‘tanpa dokumen rasmi’ ke Malaysia.

Menurut Global New Light of Myanmar, seramai 112 orang termasuk puluhan kanak-kanak ditahan di Bogale.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut tarikh penahanan tetapi media tempatan memetik sumber polis sebagai berkata ia berlaku pada pagi 20 Disember lalu, dengan 35 daripadanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup berhubung kesalahan terbabit.

Disifatkan sebagai penceroboh dari Bangladesh, ahli kumpulan minoriti yang kebanyakannya Islam itu dinafikan kewarganegaraan di negara ini.

Media tempatan melaporkan, mahkamah tempatan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada 35 daripada kumpulan itu kerana melakukan perjalanan tanpa dokumen, manakala 13 di bawah umur 18 tahun akan ditahan di ‘sekolah latihan’ sehingga mereka berumur 20 tahun.

Setiap tahun ribuan Rohingya mempertaruhkan nyawa melakukan perjalanan berbahaya untuk sampai ke Malaysia atau Indonesia.

Tindakan keras tentera di Myanmar pada 2017 menyebabkan ratusan ribu Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dengan pelbagai kisah mengerikan seperti pembunuhan, rogol dan pembakaran dilakukan oleh askar Myanmar.

Myanmar turut menghadapi tuduhan pembunuhan beramai-ramai di mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan penghijrahan beramai-ramai itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya