Penemuan potongan jari dalam sup sayur masih misteri - Utusan Malaysia

Penemuan potongan jari dalam sup sayur masih misteri

IMEJ (bulatan merah) yang menunjukkan potongan jari manusia ditemukan dalam sup sayur dibeli seorang lelaki di Nusa Tenggara Timur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUPANG: Polis menyoal siasat tujuh saksi berhubung kes penemuan potongan jari dalam sup sayur yang dibeli seorang pelanggan di kedai makan di daerah Belu, Nusa Tenggara Timur.

Jurucakap polis, Ariasandy berkata, setakat ini, polis masih belum dapat kenal pasti identiti pemilik jari berkenaan dan jumlah saksi yang disoal siasat sudah bertambah dari lima kepada tujuh orang.

Katanya, antara saksi yang disoal siasat termasuk dua pekerja di kedai makan tersebut dan pekerja di kilang pembuatan tauhu.

“Polis juga menyoal siasat semula pelapor iaitu Petrus Watu yang sebelum ini menemukan potongan jari tersebut dalam sup sayur yang dibelinya.

“Kenyataan kesemua saksi itu penting bagi polis mencari siapa pemilik potongan jari tersebut.

“Polis masih belum dapat mengenal pasti sekiranya pemilik potongan jari itu masih hidup atau tidak,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Terdahulu, kecoh dalam media sosial menunjukkan seorang lelaki menunjukkan penemuan potongan jari manusia di dalam sup sayurnya yang dibeli di sebuah kedai makan.

Lelaki itu kemudiannya membuat laporan polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN