Pelukis 'ketagih' hasilkan lukisan guna darah sendiri

Pelukis ‘ketagih’ hasilkan lukisan guna darah sendiri

ANTARA karya lukisan yang dihasilkan oleh Elito Circa menggunakan darahnya sendiri. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Seorang artis di Filipina menjadi terkenal setelah didapati menghasilkan lukisan kanvas dengan menggunakan darah sendiri.

Elito ‘Amangpintor’ Circa, 52, menghasilkan karya unik itu sehingga mendapat pujian dan kritikan selama bertahun-tahun.

Circa dilahirkan dalam keluarga miskin yang tidak mampu membeli bekalan termasuk peralatan seni.

Sejak kecil lagi, Circa dikatakan cuba meneroka pelbagai cara termasuk menghasilkan karya lukisannya menggunakan buah plum dan tomato.

Bagaimanapun, idea menggunakan darah sendiri tercetus apabila Circa secara tidak sengaja mengikis tangannya sehingga mengalami luka.

Pada saat itu, Circa menemukan pendekatan itu mampu membawa kerjaya seninya ke tahap yang tinggi.

Malah, dia menyedari darah itu bukan sahaja menjadikan karya lukisannya pada kanvas lebih tahan lama malah sukar untuk dipadamkan.

“Karya seni saya sangat penting kerana ia datang daripada darah saya sendiri, asid deoksiribonukleik (DNA) saya adalah sebahagian daripadanya.

“Falsafah saya, kehidupan adalah kitaran, jadi darah ini adalah alat berfungsi sebagai peringatan dari mana saya berasal,” katanya.

Jelas Circa, setiap kali terluka, dia akan menggunakan darah itu sebagai cat untuk menghasilkan karya kerana kesannya sukar dihilangkan.

Namun, setelah sekian lama, Circa menyedari memerlukan bekalan cat yang stabil, jadi dia mula mengunjungi sebuah klinik kesihatan di Manila setiap tiga bulan sekali untuk mendapatkan darahnya dan menyimpannya di dalam peti sejuk di rumahnya.

Meskipun, Circa pernah dikecam kerana menggunakan darah sebagai cat pada masa lalu, artis itu menjelaskan dia mahu mengubah persepsi orang terhadap darah menerusi karya lukisannya.

Sementara itu, Circa berkata, dia merancang untuk menghasilkan `lukisan darah terbesar’ pada kanvas sepanjang 100 meter pada tahun depan dalam usahanya mencipta rekod dunia baharu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN