Malaysia negara keempat paling mesra pelancong - Utusan Malaysia

Malaysia negara keempat paling mesra pelancong

MALAYSIA tersenarai sebagai negara keempat paling mesra pelancong.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Malaysia menjadi negara keempat paling mesra pelancong menerusi senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh Indeks Pasport Arton Capital yang berpangkalan di Canada.

Senarai tersebut mengukur kedudukan 199 negara dari segi jumlah pasport yang diterima tanpa visa, dengan visa semasa ketibaan atau melalui kebenaran perjalanan elektronik (ETA).

Menurut laporan CNN, sebanyak 23 negara berkongsi tempat pertama sebagai negara paling mesra pelancong dalam senarai tersebut kerana kesemuanya memberikan akses mudah kepada pelawat.

Sebanyak 15 negara daripada jumlah tersebut adalah negara dari benua Afrika termasuk Nigeria, Angola, Malawi dan Selatan Sudan.

Timor-Leste, Kemboja dan Qatar juga merupakan antara 23 negara yang disenaraikan di tangga pertama.

Singapura berada di kedudukan ke-16 dalam senarai tersebut manakala beberapa destinasi Asia popular lain termasuk Hong Kong berada di tangga ke-21 dan Korea Selatan di tangga ke-33.

Arton Capital memberikan beberapa pencerahan menarik tentang keadaan mobiliti global semasa menerusi senarai tersebut dan turut menobatkan Arab Saudi sebagai negara paling berkuasa.

Kedudukan tersebut sentiasa dikemas kini berdasarkan perubahan visa baharu yang dilaksanakan di setiap negara.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya