Lelaki miliki 12 isteri, 102 anak enggan tambah zuriat

Lelaki miliki 12 isteri, 102 anak enggan tambah zuriat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA: Seorang lelaki dari Uganda terpaksa meminta kesemua isterinya menggunakan kontraseptif bagi mengelakkan kelahiran cahaya mata baharu.

Musa Hasahya, 67, berkata, dia sudah cukup berpuas hati dikurniakan 102 anak dan 568 cucu hasil perkahwinan dengan 12 isteri.

Jelasnya, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan keluarganya bertambah besar supaya mereka mampu membeli makanan dan barangan keperluan.

“Saya tidak boleh bertolak-ansur dengan kesemua isteri lagi melahirkan anak kerana keadaan ekonomi.

“Saya sudah menasihatkan mereka membuat perancangan keluarga. Saya juga tidak menggalakkan orang ramai berkahwin lebih daripada empat isteri kerana situasi ekonomi tidak baik,” katanya.

Musa dan kesemua ahli keluarganya tinggal di rumah yang mempunyai 12 bilik di sebuah perkampungan di Lusaka.

Sebelum ini, dia merupakan seorang petani dan ketua kampung selama dua dekad.

Dia kini dilaporkan tidak lagi mampu bekerja berikutan masalah kesihatan.

Walaupun boleh membezakan kesemua anak dan cucunya, dia mengaku tidak mengenali mereka semua dengan panggilan nama.

Musa turut memberitahu alasan dia berkahwin ramai kerana mendiang ayahnya hanya mempunyai dua isteri dan dua anak.

Disebabkan itu, dia bimbang keturunannya akan pupus dan tidak mempunyai pewaris.

Musa berkahwin dengan isteri pertama, Hanifah Hasadji pada 1971 ketika berusia 16 tahun selepas berhenti sekolah.

Hanifa menyifatkan suaminya adalah seorang yang bersikap adil serta sangat mengambil berat tentang kebajikan isteri dan anak-anak mereka.

Isteri paling muda, Zulaika, 30, pula berkata, dia tidak berniat untuk mengandung dan melahirkan anak lagi.

“Keadaan kewangan sangat teruk dan saya sudah mengambil pil perancang,” kata ibu 11 anak itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya