Lelaki hanya terima beg kertas berisi kertas pembungkus burger selepas buat pesanan aneh dari McDonald's - Utusan Malaysia

Lelaki hanya terima beg kertas berisi kertas pembungkus burger selepas buat pesanan aneh dari McDonald’s

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Seorang lelaki dari Texas terkejut selepas menerima beg kertas berisi kertas pembungkus kosong dari McDonald’s selepas membuat pesanan aneh di aplikasi makanan segera itu.

Pelukis kartun, Rob DenBleyker menggunakan aplikasi penghantaran makanan Doordash untuk membeli burger keju berharga AS$1.89 (RM8.4) baru-baru ini.

Tetapi dia sengaja membuang mustard, sos tomato, bawang, jeruk, keju, daging, roti dan garam daripada senarai pesanannya.

Dia kemudiannya menggunakan laman Twitter untuk menunggu pesanan itu bersama ribuan pengikutnya.

Dia amat teruja apabila cawangan tersebut masih melakukan penghantaran pesanannya namun beg itu tidak mengandungi apa-apa kecuali kertas pembungkus.

“Saya memesan makan tengah hari dari McDonalds dan mendapati bahawa di dalam aplikasi Doordash anda boleh mengeluarkan bahan dari burger keju sehingga tiada burger keju lagi. Saya ingin tahu apa yang akan berlaku jika saya memesan burger yang tidak wujud.

“Saya menjangka McDonald’s akan membatalkan pesanan, atau menganggap saya bodoh yang tidak memahami aplikasi penghantaran dan menghantar saya burger keju biasa.

“Saya benar-benar terkejut bukan sahaja mendapat kertas pembungkus, tetapi pembungkus yang disertakan di dalam beg kertas tertutup! Saya mendapat apa yang saya bayar dan saya sangat gembira kerana semua orang yang terlibat memahami bahawa saya tidak mahu apa-apa, dan mereka tidak memberikan apa-apa,” jelasnya.

Kagum dengan pengalaman itu, kartunis tersebut memberi tip kepada pemandu sebanyak AS$6 (RM26) kerana sanggup menghantar beg kertas kosong itu.

Secara keseluruhan, lelaki berkenaan membayar AS$15 (RM66.36) untuk kertas pembungkus itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya