Lebih 60 terkorban akibat ribut salji di AS  - Utusan Malaysia

Lebih 60 terkorban akibat ribut salji di AS 

PENDUDUK mengorek salji yang menyebabkan kereta terperangkap di Buffalo, New York.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Ribut salji yang melanda Amerika Syarikat (AS) ketika ini yang disifatkan paling terburuk dalam tempoh 45 tahun sudah mengorbankan lebih 60 nyawa. 

Lapor BBC, paling teruk terjejas adalah daerah Buffalo di bandar New York dengan jumlah kematian baharu melonjak sebanyak 28 orang. 

Sementara itu, ribuan penduduk di kawasan itu terpaksa bergelap akibat terputus bekalan elektrik. 

Angka korban termasuk kes individu yang ditemukan maut di tebing salji, di dalam kereta atau yang meninggal dunia akibat serangan jantung susulan cuaca sejuk melampau. 

Polis tentera juga dikerahkan memberikan bantuan menguruskan aliran trafik di bandar itu dengan larangan memandu masih berkuatkuasa. 

Ribut salji juga menyebabkan ribuan penerbangan terpaksa dibatalkan sehingga menyebabkan ribuan penumpang terkandas di lapangan terbang di seluruh negara.  

Menerusi sidang akhbar, Datuk Bandar Buffalo, Byrin Brown menjangka angka kematian meningkat dalam beberapa hari ini selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan.  

Di Erie County, pihak berkuasa bertungkus-lumus mengalihkan bongkah ais yang tersumbat di kawasan longkang. 

Dalam masa sama, beberapa kes rompakan turut dilaporkan semasa bandar tersebut dilanda situasi kecemasan. 

Pesuruhjaya Polis Buffalo, Joseph Gragmalia berkata, pihaknya sudah menahan empat individu yang terlibat dengan jenayah itu. 

“Mereka bukannya mencuri makanan, ubat-ubatan atau lampin. Sebaliknya, memusnahkan kedai, curi televisyen, sofa serta apa sahaja barang yang boleh dicuri,” jelasnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya