Lebih 300,000 rakyat Indonesia jadi 'stateless' di Sabah

Lebih 300,000 rakyat Indonesia jadi ‘stateless’ di Sabah

DIANGGARKAN lebih 300,000 rakyat Indonesia berpotensi menjadi penduduk tanpa kerakyatan di Sabah, Malaysia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Koordinator Suruhanjaya Kecil Hak Asasi Manusia Indonesia menyatakan seramai 325,477 rakyat negara ini berpotensi menjadi penduduk tanpa kerakyatan (stateless) di Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan oleh Anis Hidayah yang mendapat laporan daripada Konsulat Jeneral Indonesia di Malaysia.

Katanya, rakyat Indonesia berpotensi menjadi penduduk tanpa kerakyatan di Sabah, iaitu 151,979 orang di Kinabalu dan 173,498 di Tawau.

“Jumlah keseluruhan melibatkan seramai 325,477 orang rakyat Indonesia,” katanya seperti yang dilaporkan Antara News.

Selain itu, Anis juga menyatakan Malaysia menjadi satu daripada negara yang mempunyai masalah tertinggi melibatkan pekerja migran Indonesia.

Sehubungan itu, Hak Asasi Manusia negara ini menggesa kerajaan supaya membentuk satu pasukan khas untuk menangani masalah terbabit dan golongan yang menjadi ‘stateless’ di Sabah.

Badan itu juga meminta kerajaan Indonesia menjalin kerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan termasuk pertubuhan bukan kerajaan dalam menangani masalah terbabit.

“Semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan rakyat Indonesia di luar negara,” ujar Anis.

Beliau juga menegaskan, Indonesia merupakan antara negara pengirim bekalan tenaga kerja utama di dunia dan sehubungan itu, semua pihak berkaitan wajib melindungi golongan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya