Korea Selatan dilanda cuaca paling sejuk - Utusan Malaysia

Korea Selatan dilanda cuaca paling sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan berdepan dengan cuaca paling sejuk hari ini dengan suhu serendah -13.6 darjah Celsius dicatatkan di Seoul, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA), suhu beku disertai salji tebal melanda di bahagian selatan negara ini termasuk di Chungcheong dan Jeolla serta pulau peranginan Jeju.

Di kawasan pedalaman dan pergunungan di wilayah Gangwon, masing-masing merekodkan suhu -20 dan -26.3 darjah Celsius, paras terendah setakat ini.

Cuaca sejuk dijangka berterusan sehingga Krismas pada Ahad.

Selain itu, salji tebal di bahagian selatan negara itu dicatatkan untuk tempoh dua hari berturut-turut pada Jumaat, menyebabkan berlaku nahas jalan raya, penutupan jalan raya dan pembatalan perkhidmatan penerbangan.

Setakat pukul 6 pagi waktu tempatan, kawasan pergunungan di pulau peranginan Jeju telah menerima salji sehingga 75.9 sentimeter, menurut KMA.

Banyak penerbangan di pulau itu dibatalkan sejak dua hari lalu, menurut pegawai lapangan terbang.

Semua perkhidmatan feri penumpang yang menghubungkan tanah besar ke pulau itu turut dibatalkan susulan amaran angin kencang yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Amaran salji lebat juga dikeluarkan untuk bahagian selatan negara itu termasuk Chungcheong dan Jeolla.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya