Kanak-kanak 11 maut ketika berlatih parkour di bangunan hotel

Kanak-kanak 11 tahun maut ketika berlatih parkour di bangunan hotel

KANAK-KANAK itu meninggal dunia di Hospital Universiti Alicante. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALICANTE: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari ketinggian lebih 15.24 meter sebuah hotel di Costa Blanca ketika berlatih melakukan parkour.

Lapor Daily Mail, beberapa pelancong dipercayai menyaksikan kejadian mengerikan itu ketika kanak-kanak lelaki tersebut terjatuh dari bumbung ke kawasan lobi hotel sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan) pada Ahad lalu.

Kanak-kanak yang cedera parah itu dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia pada lewat malam di Alicante, tenggara Sepanyol.

Nama hotel itu tidak didedahkan namun ia terletak di Alfaz del Pi, berhampiran Benidorm.

Sementara itu, jurucakap Pengawal Awam Sepanyol berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian tersebut.

Katanya, hasil siasatan menunjukkan tragedi itu berpunca daripada kecuaian kanak-kanak itu sendiri.

“Mangsa tidak menginap di hotel berkenaan, dia naik ke atas bumbung bangunan bersama rakan lain untuk berlatih parkour.

“Ketika kejadian, mangsa tergelincir lalu terjatuh dari ketinggian kira-kira 15.24 meter dan mendarat di kawasan lobi hotel di tingkat bawah.

“Kanak-kanak itu pada mulanya dibawa ke Hospital Marina Baixa di Villajoyosa sebelum ke Hospital Universiti Alicante dan disahkan meninggal dunia sekitar 11.30 malam,” katanya.

Tambah jurucakap itu, mangsa merupakan warga Norway yang menetap di Alfaz del Pi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya