Hampir 30 lelaki tertipu tawaran kerja kira kereta api setiap hari

Hampir 30 lelaki tertipu tawaran kerja kira kereta api setiap hari

MANGSA terpedaya kerana dijanjikan peluang pekerjaan sebagai pemeriksa tiket, pembantu trafik atau kerani di landasan kereta api itu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seramai 28 lelaki terpedaya dengan iklan tawaran kerja yang rupa-rupanya memaksa mereka menjalankan tugas mengira bilangan gerabak kereta api setiap hari.

BBC melaporkan kesemua individu tersebut tertipu apabila berasa yakin bahawa mereka akan menjalani latihan yang dibekalkan oleh syarikat kereta api Indian Railways.

Difahamkan, mangsa perlu membayar 200,000 rupees (RM10,686) dan 2.4 juta rupees (RM128,000) setiap seorang bagi mendapatkan pekerjaan tersebut.

Seorang bekas pegawai tentera turut menjadi mangsa penipuan sindiket tersebut dan membuat laporan polis.

Beberapa mangsa lain dikatakan terpaksa meminjam duit semata-mata melunaskan bayaran kepada sindiket penipuan itu.

Polis Delhi menjalankan siasatan berhubung penipuan tersebut sejak November lalu, dan berita tersebut hanya tersebar sejak minggu lalu.

Agensi berita Press Trust of India mendedahkan seorang mangsa berasal dari Tamil Nadu diarah berdiri di platform berbeza di stesen kereta api di Delhi selama lapan jam setiap hari dalam tempoh sebulan.

Menurut mangsa, mereka akan mula mengira setiap gerabak kereta api yang melepasi landasan setiap hari.

Mangsa terpedaya apabila dijanjikan peluang pekerjaan sebagai pemeriksa tiket, pembantu trafik atau kerani di landasan kereta api dengan syarikat pengendali kereta api terbesar di India.

Seorang mangsa memberitahu akhbar The Indian Express dia berminat dengan iklan kerja itu selepas berusaha mencari pelbagai cara untuk membantu ahli keluarganya selepas pandemik Covid-19.

“Kami pergi ke Delhi untuk menjalani latihan dengan mengira jumlah gerabak.

“Pada mulanya kami berasa skeptikal dengan kerja tersebut, tetapi suspek adalah kawan baik kepada jiran kami. Saya betul-betul rasa malu sekarang,” luahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN